nuffnang

Tuesday, November 9, 2010

sharing is caring~

Saje nak share pe yg aku dapat dari beberapa web page..Hope dapat menambahkan ilmu dan kesedaran..Amin..

* Setelah kelahiran Nabi Muhammad SAW, tembakan bintang menjadi semakin kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai alam ghaib sudah tamat.

* Ibu susuan Nabi Muhammad SAW, Halimatus Sa'diah dan suaminya beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

* Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya, ladang Halimatus Sa'diah menghijau setelah kemarau dan kambing-kambing perliharaannya mengeluarkan susu dengan banyak. Pada ketika dijaga oleh ibu susunya, nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuklah juga pakaian baginda.

* Bersabda Rasulullah SAW " janganlah bercakap melebihi daripada zikrullah, sesungguhnya banyak bercakap akan mengeraskan hati dan apabila hatinya telah keras, ia akan menjadi semakin jauh dari Allah".

* Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Tiada dosa yang lebih besar disisi Allah SWT sesudah syirik daripada titisan mani yang diletakkan di dalam rahim yang haram baginya (Riwayat Ibn Abid Dunya).

* Nabi SAW bersabda " Maksudnya: Biasalah kamu bersembahyang malam sebab ia kebiasaan orang-orang salihin yang sebelummu dan ia dapat mendekatkan kamu kepada Allah, mencegah kamu dari melakukan dosa, menebus dosa-dosa dan mengusir penyakit dari badan".

Wallahualam~

Thursday, September 23, 2010

~men are from mars, women are from venus~

Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:

… & Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:

- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa


-Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.


- Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan
kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.


- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.
Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.


- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!


- Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.


- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel.


- Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.


- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala
emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari,malah berminggu-minggu.


~credit to saiey..



Tuesday, September 21, 2010

pe nak wat dalam idup nie?!!!

'Setiap orang ada peranan masing-masing dalam dunia nie'..nie ayat yang pernah kawan aku cakapkan pada aku time aku confius ngn hidup aku after abis degree.aku dok tengok orang lain yang dah keje,yang dah de family, macam senang je dieorg..dieorg xpenin ke after abis study?!!


ditambah plak ngan sorang member aku dapat keje yang agak best disaat kteorg semua dok terpinga2 xtau nak watpe..maka bertambah down ler aku rasa saat tu.


but then aku rse lucky gak r coz time2 macam susah nak dapat keje skrg aku dapat tawaran sambung blaja.alhamdulillah..mb nie ler 'peranan' aku kat muka bumi nie kot..so aku pun juz follow dis road jeah.setelah dapat restu n sokongan family n B, so wokeh r.bertambah yakin r skrg.stakat nie aku nak wat yang terbaik dulu untuk master nie..kemudian2 nanti akan difikirkan (even abg long aku dah start tanye pe nak wat aftr master..sob..sob).


if ikutkan r cita2 sbnr aku macam berkaitan ngan duit..hehehe.idok ler aku mata duitan sgt.tp aku ske kre duit2 nie.aku fikir mcm bestnyer if dapat keje dekat ngan duit (bank ler kot)..hehehe.tp tu cita2 zaman dulu..dah jauh nak patah balik pun..mb nie ler yang terbaik wat aku..


erm,keje je elok2 nanti n wat duit banyak2..then kre je duit sndri..hahaha..xbanyak pun xpe.asal ado kn..pe2 pun best of luck r utk smue orang di luar sana yang masih tercari-cari haluan hidup..peace






kan best if dapat tanam pokok camni kat umah..hehehe

Sunday, September 19, 2010

WALAUPUN DAH SEMINGGU BERLALU TAPI STILL NAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN..RAYA KAN SEBULAN..SO XBASI LAGI NAK WISH KAT BLOG AKU NIE..DIHARAP SYAWAL KALI INI MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN MENAMBAHKAN KETAQWAAN KEPADA KITA SEMUA..AMIN

Saturday, September 18, 2010

tekad baru!!!

sudah lama sangat aku tak berblog..memang agak terbiar aje..aku minat sangat bce blog orang lain.tapi bila je time nak update blog sendiri memang ler malas.ngn nak ltk pic..nak tulis lg.tapi selepas mendapat kesedaran dari pemblogger2 yg tegar dan berjaya aku pk mcm nak cbe gak r kan..

so, untuk permulaan, aku ltk jeah cte yg dah lepas2 tp still new bg aku..arini aku nak story pasal konvo aku yang dah hampir sebulan berlalu.memang sudah agak basi.tp sebab xpenah show pic kat cni so aku letak gak r kn.

hadap jeah pic2 kat bwh.yg bju purple time aku hi-tea kat hotel.majlis nie a day before my graduation day.yg purple+merah hati time konvo..so layan jeah k..


~pic ngn para lecturer..tq smue..~






~aku ngn sijil dean list..alhamdulillah dapat lg.


~pic aku ngn B..tq B, spend time konvo nie ngn my family..luv u la..hehehe~

Tuesday, March 23, 2010

dinner kolej '10

Kebetulan dinner kolej jatuh pada hari yang sama dengan besday aku. So, aku pun rasa a bit okey ler xdpt clbrate ngn B. Konon2 aku busy gak r..Nak sedapkan hati je sbnrnyer.hukhuk...

Mula-mula mmg aku xde mood lgsung nak p. Tapi once dah sampai best gak. Dapat bergambar ngn kawan2 smue.Syok2.Now, aku show r some of our picture. Time nie hujan r.But, okey je as long as xkne kn.hua3.Malas nak cte pjg, korg tgk jeah pic time nie..








Sunday, March 21, 2010

SURPRISEEEE..!!

Sepatutnya aku tulis pasal dinner kolej malam semalam. Tapi memandangkan kawan2 aku blom upload lg gmbr dinner kat fb, maka terpaksa ler aku tulis bende lain dlu. kamera xde, menumpang r kamera org je smlm..hehehe

Anyway, aku juz nak show off ckit kek yg kekwn aku readykn sempena besday aku smlm. Surprise ler konon2. Balik2 dari dinner, tetibe de plak kek atas meja makan kteorg. terharu..terharu..hahaha.ok ler dari xde celebrate lgsgkn.tq kekwn smue..ssh2 aje sediakan kek. best2..

So,nanti2 aku cte plak part dinner smlm. aku pkai simple2 aje. xmengikut tema pun..hahaha..Asal sopan n aku selesa ckup r kn.



Adios..

Saturday, March 20, 2010

hepi besday to me..



Lama giler aku xlayan blog nie. Dah mcm orang xde blog pun ade gak nie..hehehe. Trase nak post plak di hari jadi aku arini. Alhamdulillah aku masih sihat n hidup lagi r kn. Xde r sambut2 dah skrg nie. Dah besarkn. B pun xdatang celebrate besday aku. Dia busy ler. tapi aku ok je. Dah banyak kot duit die abis kat aku selama nie. Kira boleh dimaafkn lagi r dia xdapat celebrate besday aku. Dah wish n nyanyi smlm pun aku dah bahagia..ececeh..hehehe

Banyak dah perubahan sekarang. baik pada diri aku mahupun persekitaran. Cite pasal orang sekeliling aku dulu r eh. Cousin aku yang sebaya aku a.k.a wani dah selamat melahirkan baby die baru2 nie.peh!siap dah beranak pun. Aku?!! Xpe2, rezeki, jodoh dan hidup n mati ditangan Allah. belum masa aku lagi r nie..

Pe lagi eh..aku dah nak hampir grade skrg. Xbrape lama lagi r. Pe plan lepas nie eh. Takut tol aku. macam xready nak keje. Tapi nak futher study macam penat. Erm, kawin jeah..hahaha..banyak cantik.. Sure2 kne marah ngn mak aku..Xde keje nak kwin..B pun dah cakap aku kne keje dlu.. Bru sng nak kwin..iyola2..Ikutkan aje ler kn.

Malam ni aku de dinner kolej..Nanti2 aku upload pic r..

so, malas nak cte panjang..nak wish besday kat die sndri lagik..EPY BESDAY TO ME!!

adios..