nuffnang

Thursday, September 27, 2012

Hantar kain nikah

Salam, tinggal lebih kurang 6 bulan lagi sebelum majlis kahwin aku..agak-agak dah patut ke eh aku hantar kain untuk wat baju nikah?lagi pulak tak ada idea nak hantar kat mana..adoi..kena review lagi banyak b2b blog gini..setakat nie progress hanya dah settle pergi kursus kahwin, dah beli barang hantaran sikit-sikit. itu aje..macam tak banyak lagi persiapankan.takpela,sikit-sikit dulu..nanti baru fikirkan lagi..esok nak balik rumah tengok cousin kahwin.hope dapat r idea sikit-sikit after tengok sedara kahwin kn...hehehe k,bye

Wednesday, August 8, 2012

balik kampung..ho..ho..balik kampung

salam.. sabtu nie saya dah balik rumah..syok nyer.leh puasa seminggu kat rumah.tahun nie belum sempat puasa kat rumah lagi.nak mintak mak masak best2 ler.hehehe. pe2 pun just nak wish selamat menunaikan ibadat puasa and selamat hari raya in advanced.. bye

Saturday, June 16, 2012

Alhamdullilah..selesai majlis tunang

salam,
Dah hampir seminggu aku bergelar tunangan orang. Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan seperti biasa. So aku attach 1 picture jeah menjelang majlis pertunangan aku dengan man..

Sunday, May 27, 2012

mencari sampin for nikah

salam
Semalam aku ke Jalan Tar dengan akak aku. Alang-alang dah p sana so kteorg pun mencari ler 1 lagi barang hantaran for man. kali nie nak cari sampin nikah pulak. susah tol nak cari sebenarnya coz kteorg tak tahu yang macam mana ok. akhirnya jumpa ler disebuah butik nie. harrison. siap jadi member lagi kat kedai nie. so here some picture..


nie r bag plastic dr harisson

nie pulak isi die..hehehe.biase2 je sampin aku beli.bajet tak banyak kn

siap jadi member lagi Sekian

NSM conference 2012

Salam,

This year aku p lagi NSM conference. nie my 2nd time ler kn. still participated in poster presentation but not involved in competition anymore. dah postgrate tak bertanding dah ler. so here some of pictures yang aku ada during this conference. picture dari kamera aku tak transfer ke laptop lagi. nie picture dengan hanset aje ler kn.


belakang aku tu poster aku r

kat hotel crowne plaza

die some of dessert yang sempat snap

poster aku

tu jeah,bye

Monday, May 21, 2012

tidak berjodoh dengan contact lens...sob..sob

salam,

Arini aku p cek mata dekat klinik optometri UKM. plan nak pakai contact lens color coklat time tunang nanti. bajet sungguh. 1st time nak try pakai sebenarnya. last-last find out that mata aku tak sesuai pakai contact lens..sob--sob..rare case dia kata. mata aku too stiff so kena pakai contact lens yang jenis RGP if aku tak silap r. yang dia wat sekali tahan untuk 1 year. takde colo2 juz kecik and muat2 anak mata aku sahaja. special untuk mata aku r kiranya.. so xleh r nak bergaya time tunang dengan mata color2..sedih tol..that all r.

Saturday, May 19, 2012

salam,

gila banyak entry 1 malam..hehehe.juz xde benda nak wat malam nie(tau dek sv sure banyak kerja dapat). next week aku kena start siapkan manuskrip. At least dapat hantar manuskrip before cuti rasa less bersalah sikit r kan. lab work still tak ada progress since digestor block rosak. geram tol, baru ingat by Jun leh siap.

pasal interview PZM, aku belum dapat panggilan lagi..huhuhu.sedih tol.hope dapat ler kan.aku nak dapat kerja cepat2 gak.pe lagi eh. esok aku ingat nak p jalan tar. hantar kain tunang. if leh otter,bgus sangat ler kan.if tak boleh xpela.nak wat camnekan. pe lagi eh, erm, nothing r kot..

nite2
diakhiri dengan picture bilik idaman..tenang tol if dapat bilik camni eh

my preparation for E-Day

Salam,

Macam tak fair pulak aku selalu cari info thru blog2 orang for my E-day, but aku tak ada share info pun kn. So, kali nie macam nak tulis pasal everything yang aku buat sebelum menjelangnya pertunangan aku pada 10/6 nanti....

1.Hantaran bekas hantaran and perhiasan aku banyak beli dekat nilai 3. but de gak a few things yang aku beli dekat jalan tar. tapi most of them from nilai r. takde masa yang cukup untuk survey2 harga. so beli aje. so cam de r rugi gak sana-sini. tapi ok ler. tak kisah sangatlah.barang hantaran kita orang 5 berbalas 7. aku akan bagi Man sireh jungjung, kain nikah, Al-Quran, kek, coklat, cincin and buah. Man pulak bagi tepah sireh, kain nikah, kek, cincin and buah. nie ikut pe yang kita orang dah plan r.tapi tak tahu ler if man tukar fikiran ke pe kan. total harga belum tahu coz belum beli cincin untuk Man lagi....

2. baju tunang kain untuk buat baju tunang aku beli dekat semua house. harga dengan kain lelaki sekali RM389. upah jaiht pulak RM210. tapi sangat ler tak puas hati dengan jahitan orang nie.teruk sangat2.baju aku besar and nampak buruk tol. so aku terpaksa p kedai lain pulak untuk otter pe yang patut. kne cas RM100 gak. tapi belum tengok hasil lagi. hope ok ler kan.dah nak dekat sangat kot dengan tarikh majlis. takutnyer!!!...

3. khemah aku tempah 2 khemah je. color pink putih. dengan sedara aje.so dapat ler murah ckit. total=RM360....

4. makanan mak aku mintak jiran masak. dia memang terror masak untuk majlis. so tak tahu kena cas berapa lagi. tapi mak aku kata nak sponser.so jimat disini.hehehe....

5. pelamin,mekap and photographer dah tempah dengan sue bridal. hope ok.total=RM850....

6. doorgift bekas doorgift mak aku belikan. so ingat nak letak cupcake.belum tempah lagi. tu jeah kot.if teringat pe2 nanti aku tambah lagi.... ok,bye...

very nicekan...impian sungguh..hehehe

boring...

Salam, tak ada benda nak tulis pun sebenarnya. juz boring aje. Man buzy plak dengan persiapan tunang housemate die esok. hope die xlupa r pesan aku suruh ambil banyak-banyak pictures..hehehe.nak r tengok gak. leh dapat idea untuk my becoming engagement day. dah puas google2 pasal tunang kat tenet. erm,still macam xpuas ati with the tudung.tapi nak wat camne,xde modal dah nak kuar lagi.hope baju ok so smue pun akan ok kn. apa ntah aku mengarut nie.xde info langsungkan.tu jeah kot.de idea aku sembang lagi. biasalah mesti nak attached picture gak..suka sangat pearl beaded camni.nampak menyerlahkan.
bye

Friday, May 18, 2012

Less than a month before my E-Day..

Wah!!cam tak percaya plak masanya dah hampir tiba. Adoi, dah r baju tunang still kne fitting lg. Berdebar plak coz last minute baju blom settle lagi. Pasal tudung malas nak fikir dah. Pakai aje ler pe yang ada. xde fulus dah nak beli macam2. So far, semua rasanya dah ready except for my baju yang still blom finalize and cincin man belum beli lagi. Dah suruh dia beli tapi dia belum decide lagi nak yang macam mana lagi. Hope everything smooth on that day..amin Malas nak taip panjang2. bye
cantikkan. geram tol.nak camni gak time wedding!!

Monday, April 16, 2012

Persiapan pertunangan..

Salam,

Based on the title nampaknya aku perlu cerita pasal persiapan pertunangan aku yang dah nak semakin hampir. Majlis aku dipercepatkan sedikit. Tak jadi wat after raya,dalam bulan 6 nie r aku akan bertunang.hehehe..Dah xlama lagipun nie. Excited nak tunggu baju tunang siap. Nak tengok hasilnya. Baju biasa aje,kurung moden je. Tak mampu nak tempah style2 sangat. Mahal kot.

Ok2,cukup r aku melalut. Nak cerita pasal persiapankan tadi. Ok, khemah dah tempah. Murah je dengan sedara aku aje. So dapat ler less. Dias and mekap pun dah book. Hopefully ok ler kn. baju dah tempah. Bekas hantaran dah settle juz barang hantaran aje yang belum. Man kata awal sangat beli sekarang. Iyela tu awal. Ikutkan aje ler.


Ok r, malas nak taip panjang-panjang..tak sihat n ngantuk.

Bye



Disudahi dengan picture kek. Apa motif aku pun xtau. Juz rasa cantik sangat. Elegen kan.. Suka.. Nak wedding kek gini..berangan jeah...hehehe


Tol2 bye...

Sunday, March 4, 2012

Nilai 3..

salam,

Sebut je Nilai 3 mesti ramai yang terfikir pasal kain dan barangan persiapan perkahwinan kn. So, of coz r menjelang majlis pertunangan aku yang tidak berapa lama lagi ni aku telah p ke nilai 3 untuk beli apa yang patut. aku p dengan akak aku. nasib baik dia sudi nak temankan. so antara barang yang berjaya dibeli adalah dulang hantaran, gabus as alas dalam dulang, net for deco. bunga n kristal2 belum beli lagi. nanti r bila de masa aku p r jalan tar n cari lagi. sabtu ni aku p survei pakej pertunangan pulak. peh, penat gak r menguruskan hal tunang2 ni eh. dah r rabu ni aku de meeting progress dengan Dr Poh. entah pe yang aku nak cakap dalam meeting tu nanti. agak-agak if aku cakap progress pasal persiapan tunang boleh tak eh?!!!hahaha. Diakhiri dengan picture aku yang kepenatan.





muka penat + bahagia..hehehe



antara barang yang dibeli..tak boleh nak show lagi..TUNGGU!!!

bye

Sunday, February 26, 2012

hilang fokus...

salam,

Adoi,camne nie. dateline dah makin hampir but still x bersentuh langsung pun kerja yang berlambak-lambak sekarang. hati dan fikiran tak dapat fokus r..what should i do?!!!




Wednesday, February 22, 2012

stress nyer wat lab!!!help me!!!

Salam,

Adoi penatnya arini. semalam balik-balik dari lab terus aku tertido 2jam. arini plak rasa nak pengsan terus. macam nak p spa n kena massage je sekarang nie. 1 badan sakit-sakit kot. stress nyer wat lab..huhuhu. hope cepat r semua nie berlalu. nak cuti, balik kampung. aku akan pastikan hujung minggu nie aku betul-betul rest before stress semula next week dengan lab.huhuhu..



Sunday, February 19, 2012

1st stage for My E-Day..

Salam,

ok, arini juz nak list down pe yang aku dah fikirkan so far for my E-Day tak berapa lama lagi. Tarikh masih belum settle as pihak man juz state that it will be happen after Hari Raya Aidilfitri this year. but whenever I ask him the actual date, selalu kata belum decide. Ada sikit geram r as my mom always called and asked me about this. last-last aku cakap kat mak aku better she juz discuss directly to man about this. so tak perlu aku nak pening-pening dah..hehehe.

tema colour pun blom decide lagi.Aku ingat kena tengok baju pe yang aku berkenan so baru dari situ boleh tau warna tema kn. cincin aku juz mintak 1 je dari man. malas nak banyak-banyak. 1 cukup r combine terus untuk merisik and bertunang. leh dapat yang mahal sikit kot if 1 je..hehehe. quality is much more important rather than quantity..hehehe. hantaran dah confirm 5 berbalas 7. tapi aku still confius pe nak kasi sampai jadi 7 nie. man tak kasi aku bagi barang-barang mahal as he said that we can give that during kahwin nanti. nanti aku usha-usha r kot pe yang patut aku kasi. dah tanya pendapat kakda, nanti aku pertimbangkan r idea die nie.

mak aku plak jenis yang excited bab-bab nak jadi host for this coming ceremony, die dah siap usha khemah pun.hehe.cepat dan tangkas tolkan mak aku nie. Anyway tq mak. so aku pun dah tau how much money yang aku patut allocate juz for khemah. not too expensive I think as we only need 2 khemah for this time. so far tu je r dulu. erm, tak r banyak pun progress aku kan. takpe r, lambat lagi pun. another 6 month ahead.Hope ada r orang-orang pemurah yang sudi sponser pe-pe time kenduri aku nie nanti..hehehe. k r, setakat nie aje,bye..



Friday, February 17, 2012

baju beli online dah sampai...lalalala~

salam,

juz nak share,barang yang ditunggu-tunggu dah sampai.hehehe. sebenarnya aku ada beli baju secara online.nie 1st time r.baju die ok but rasa macam terbesar sikit.but ok ler kn dari kecik then langsung xleh pakai..so aku tunjuk r kat sini macam mana rupa baju nie.tp aku cilok dari page online boutique jeah.malas nak snap2 picture plak.





Actually, aku sendiri pun tak tahu bila aku nak pakai baju nie.erm, if p dating ok ke x eh?!!ke nampak macam trying to hard sangat...hehehe..ok r,bye

Thursday, February 16, 2012

workout babe!!

salam,

relax2 jap, tension ngadap kerja aje. so, juz nak share pe yang aku amalkan untuk diet sekarang. Yup, I'm on diet. Tapi tak elok sangat kot pe yang aku praktikkan nie. de yang ok boleh je nak ikut, tapi amalan yang tak ok jangan follow plak.

Ok, pagi-pagi after subuh biasanya aku akan tido semula. Konon-konon tak cukup ler tido lagikn. tapi sekarang alhamdulillah, sejak nak berubah nie aku dah start tak tido after subuh. harap dapat diteruskan amalan nie. so apa yang aku wat time after subuh sehingga before aku gerak p fakulti?!! nie yang aku nak share,lately nie aku pagi-pagi mula dah wat exercise. disamping nak kurus, nie jugak nak tingkatkan stamina aku yang overly teruk nie.sikit-sikit nak pitam.geram tol.hope after this lebih sihat r badan aku eh. aku wat cardio dance. juz download kat youtube and ikut jeah instructor dalam video tu wat. sekarang masih keras-keras r badan. belum dapat lentur-lentur macam orang dalam video lagi. gila r seksi gaya tarian dieorg. aku yang pompuan nie tengok pun rasa seksi..hehehe.(selain tu boleh blaja menari seksi-seksi sikit..hua3)..

selain wat exercise nie, aku gak tak makan malam. makan berat sekali je sehari iaitu time lunch. pagi breakfast biasanya dengan 2 keping biskut peanut butter. malam biasanya tak makan. if lapar sangat aku wat r instant nestum 3 in 1. if lapar gila pun aku juz wat megi..ish2,nie tak patut ikut r kn.

hope dapat teruskan berdiet nie coz aku ingat nak turunkan sikit je lagi berat badan. if boleh kurang 2kg lagi pun dah cukup..chaiyuk2!!


dateline..phew!!

salam,

erm,sebenarnya banyak je kerja sekarang nie..dateline smue dah dekat. dengan esok de appointment dengan supervisor lg.. dah r pressure dengan semua budak rumah nak p holiday esok. Aku gak dok sorg2 hadap kerja nie.

takpe2, lusa aku dah ready nak suprise kn diri sendiri. Ada ke istilah surprise diri sendiri?!!!hahaha. meaning aku dah sediakan reward untuk diri aku r. Nanti dah dapat aku cerita kat sini r. Sementara tu better aku siapkan kerja nie dulu.. Chaiyuk2!!

Tuesday, February 14, 2012

counting the day...

Salam,

Xde pe2 nak tulis, just mood sgt2 baik. xsabar nak tggu hari bahagia nie...hehehe..




hati sedang berbunga2...hehehe

Saturday, January 14, 2012

in the park at Putrajaya..

Assalamualaikum...

Erm, xde pe sebenarnya nak tulis..Juz nak letak a few pictures taken by my brother aka adik during our time in park area Putrajaya.. Actually time nie nak p umah kakda tapi die kuar plak. So, sementara nak tunggu die balik kteorg pun melepak r kat taman dulu..Saje nak letak pictures kat cni as anything happen mcm ilang ke picture nie, leh ler aku cri smule kat cni kn.. itu jeah niat aku letak2 picture kat blog selama nie..

malas nak cte banyak, hadap jeah gmbr2 kat bwh nie..







Eh, dok r ckp p ngn adik aku tp xde pun gmbr ngn die...hehehe.xpela,adat ler tukang amik kn gmbr biasenyer lupe nak de dlm gmbr.tp skrg die dah krus smule.bgus tol eh leh krus sng..k ler 2 aje..bye2

Who Moved My Cheese?

Sapa alihkan cheese aku nie?!! Tajuk nak gempak je kn..hehehe..Actually dis is the title of one of the books yang aku baru beli last week. saja2 je nak share pe yang aku dapat dari buku nie. This book was written by Dr Spencer Johnson. Ada a few other books yang belum sempat aku baca. Nanti dah baca aku kasi review gak r eh.

Baik ler, mle2 aku nak gtau yang buku nie sangat2 ler bagus. Walaupun simple je but banyak pengajaran ler n menyedarkan kita bahawa hidup nie sentiasa akan ada perubahan. Kita sepatutunya tidak terlalu selesa dengan apa yang kita ada sekarang. Perlu sentiasa beringat bahawa akan ada certain time kita bakal diuji. So, if de any changes in our life, we need to adapt with it as soon as possible coz if we dok ler merungut2 kenapa diuji n tak kuar dari masalah, selamanya r kita akan berada dalam masalah tersebut. Juz move on in ur life as life is actually too short. Sebenarnya buku nie nak ajar kita supaya berfikir secara positif r even diuji. dalam Islam pun memang kita ada konsep redha n then yakin bahawa setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

So, aku memang suggestkn anyone to buy dis book.. Aku beli kat MPH dengan harga RM29.90 sahaja.

Kat bawah nie aku letak kan any quote yang aku rase best dari buku nie..Renung-renungkan dan selamat beramal.. adios

-The more important your cheese is to you the more you want to hold on to it

-If you do not change, you can become extinct

-What will you do if you weren't afraid?

-Movement in new direction helps you find new cheese

-When you stop being afraid, you feel good!

-The quicker you let go of old cheese, the sooner you find new cheese

-Old beliefs do not lead you to new cheese